TABAH DENGAN UJIAN

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

TABAH DENGAN UJIAN,
Dapur Hangus Dijilat Api

Bahagian dapur rumah sewa Encik Sarji Miskam hangus terbakar. Kejadian berlaku sekitar 11.00 pagi di Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi, tanpa beliau sedari, baru-baru ini.

Pasukan BOMBA dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sekitar 11.30 pagi. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Pihak Polis, Ketua Kampung serta Agensi yang berkenaan. Beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat.

Amin Baitulmal MAINJ Daerah Pontian, Sheikh Haffie Awab hadir sama bagi menyampaikan sumbangan tunai RM1,000 sebagai wang deposit untuk rumah sewa yang lain.

Selain itu MAINJ turut menyampaikan wang perbelanjaan pembelian keperluan mereka sekeluarga.

Terima kasih kepada Ketua Kampung serta kepimpinan masyarakat sekitar yang sama membantu.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-