Bantuan kerusi roda

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Beberapa hari lepas isteri encik Zainal ada datang ke Pejabat MAINJ Cawangan Pasir Gudang, isterinya bagi tahu, nak mohon kerusi roda untuk mudahkan suaminya bergerak.

Alhamdulillah, tengahari tadi kakitangan MAINJ hantar kerusi roda ‘heavy duty’ yang baru terus ke rumah beliau.

Encik Zainal hanya terbaring, isteri dah tak kerja, sorang anak yang bekerja bantu untuk keperluan perubatan dan lain-lain.

Insyallah pihak MAINJ akan pertimbang bantuan secara bulanan untuk bekalan pampers, susu dan ‘dressing’.

Kita sama-sama doakan semoga beliau diberi kekuatan dan kesembuhan. ‘Amin Ya Rab’.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT