Belanjawan Johor 2021-MAIJ

posted in: Asnaf, Bantuan, Umum | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan turut berperanan dalam agenda Johor Berkebajikan dengan peruntukan keseluruhannya sebanyak RM152.1 juta. Antaranya melalui:

a. Bantuan Sara Hidup Bulanan bagi golongan berpendapatan rendah;

b. Bantuan Perubatan Rawatan Hemodialisis kepada pesakit buah pinggang;

c. Bantuan Perumahan kepada pemilik rumah uzur sama ada dalam bentuk bina baru atau baik pulih;

d. Bantuan Rumah Kebajikan bagi kanak-kanak menghidap autisma

e. Bantuan pakaian seragam sekolah kepada pelajar fakir dan miskin di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

f. Bantuan yuran sekolah kepada pelajar miskin Sekolah Agama dan bantuan yuran pendaftaran di IPT dalam negara juga akan diberikan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#belanjawanjohor2021
#mainjprihatin