BANGUNAN PELAJAR JOHOR DI KAHERAH (MESIR)

posted in: Wakaf, Zakat | 0

Bangunan asrama pelajar Al-Azhar di Rabaah, Kaherah ini merupakan bangunan setinggi 6 tingkat yang telah diubahsuai dan boleh menampung seramai 80 orang pelajar. Bangunan ini mempunyai sebuah dewan serbaguna, sebuah rumah pegawai, satu (1) unit pejabat Persatuan Pelajar. Manakala bilik asrama ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur dan bilik air.

Kos pembelian bangunan ini berjumlah RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam Juta Sahaja) dan kos tersebut dibiayai sepenuhnya daripada hasil kutipan Saham Wakaf Johor (SWJ). Pembelian bangunan ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar Johor yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir.

Kutipan Saham Wakaf Johor bagi pembelian bangunan ini bermula pada 01 FEBRUARI 2003

Kutipan ini Berjaya dikumpul dan ditutup pada 17 Disember 2012.

Alhamdulillah, selain daripada bangunan bagi tujuan kediaman pelajar yang dibeli melalui saham waqaf Johor, wang zakat juga dimanfaatkan oleh pelajar bagi tujuan dermasiswa/pinjaman pendidikan di negara tersebut.

TERIMA KASIH PEWAQAF
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#endyearofzakat2020
#mainjprihatin