MAINJ ziarah dan menyampaikan sumbangan beberapa barang keperluan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah pihak MAINJ harini ziarah, beli dan pasangkan beberapa barang keperluan seperti:

-Mesin basuh
-Peti ais
-Dapur memasak
-Tikar getah
-Set meja makan

Raut wajah yang pada mulanya sedih, kelihatan tersenyum selepas semua barang digantikan dengan yang baru, Semoga selesa untuk kak Rosmah dan anak-anaknya.

Sebelum balik, kami menyerahkan sumbangan tunai dan barangan makanan asas.

Kami doakan anak-anak kak Rosmah dapat menamatkan pelajaran dengan baik serta dapat membantu dan mengubah nasib keluarga akak sekeluarga. Amin Ya Rab.

Hadir bersama Encik khairul Nizam Mad Said Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Penolong Pengarah Agihan Zakat Ustaz Zakuan Ghazali, Ustaz Azrul Taib Amin Baitulmal Daerah Muar dan Ustaz Firdaus Abdul Hamid Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru.

Terima kasih juga kepada
Haji Mohd Saat bin Haji Masran
Ketua Kampung Parit Bulat
Mukim Sri menanti yang turut bersama

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#endyearofzakat2020
#MainjPrihatin