MAINJ menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Borhan

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

“Pendapatan tak menentu, lagi-lagi musim PKP, berat sebenarnya tapi terpaksa meneruskan juga untuk kelangsungan hidup”

Itulah luahan dari encik Borhan, beliau bekerja sebagai tukang cat dengan pendapatan yang tidak menentu bergantung pada kerja yang dibuat, dari susuk tubuh kami dapat lihat yang encik Borhan memang seorang yang rajin bekerja dan bertanggungjawab.

Encik Borhan mempunyai 4 orang anak, semua comel-comel Alhamdulillah, Kami doakan semoga semuanya anak-anaknya membesar dengan sihat dan berjaya, Amin Ya Rab.

Lihat pada keperluan, kami beli dan tukarkan beberapa keperluan asas rumah encik Borhan seperti:

-Peti sejuk
-Katil
-Tilam
-Almari pakaian
-Rak pinggan
-Dapur masak
-Tikar getah

Selain dari itu kami beri juga sedikit wang belanja kepada beliau dan anak-anaknya, Alhamdulillah.

Hadir bersama Encik khairul Nizam Mad Said Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Penolong Pengarah Agihan Zakat Ustaz Zakuan Ghazali, Ustaz Azri Esa Amain Baitulmal Daerah Segamat Dan Ustaz Azrul Taib Amin Baitulmal Daerah Muar.

Terima kasih juga kepada
Ketua Kampung Tengah Segamat, Tok Syed Jaafar bin Mohamad .

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#endyearofzakat2020
#MainjPrihatin