Bantuan kepada keluarga Encik Mat Khairi

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sebelum ni Encik Mat Khairi bekerja sebagai pemandu lori & bas, Encik Mat mempunyai 5 orang anak, alhamdulillah seorang berkahwin dan yang lain masih bujang.

Tahun 2005 Allah uji Encik Mat dengan sakit sakit saraf, beliau tidak boleh bekerja sejak daripada itu. Segala keperluan Encik Mat dibantu oleh anak-anaknya Alhamdulillah.

Semalam kami sampaikan beberapa keperluan asas rumah seperti

-Barangan elektrik
-Dapur memasak
-Set meja makan
-Tilam
-Almari baju

Kita beri juga sedikit wang tunai untuk perbelanjaan harian dan barangan makanan asas.

Semoga Encik Mat sekeluarga terus diberi kesihatan yang baik ya. Amin Ya Rab.

Hadir Sama Ustaz Musa Omar Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman Amin Baitulmal Daerah Kulai, Ustaz Sheikh Hafie bin Awab Amin Baitulmal Daerah Pontian dan Encik Nurul fais bin Aman Penghulu mukim.

 

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT