MAINJ Prihatin

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dapat aduan, kakak ni dan dua orang anaknya duduk di pam minyak sekitar Johor Bahru pagi tadi. Allah, sedih tengok lebih-lebih lagi kedua anaknya masih kecil.

Tengahari tadi kami terus ziarah kakak ni, beliau telah bercerai dengan suaminya sejak tahun 2018. Sekarang beliau tinggal bersama ibunya di rumah sewa.

Semasa ziarah tadi, kami serahkan wang tunai untuk perbelanjaan kakak ni sekeluarga, dan insyallah MAINJ akan mempertimbangkan bantuan secara bulanan kepada beliau.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin