MAINJ menziarahi dua keluarga

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Harini, di dua daerah yang berbeza MAINJ menziarah dua keluarga Allahyarham Ikmal Hakim dan Md Rajihan yang dilaporkan meninggal dunia akibat bencana banjir yang berlaku di daerah kluang, baru-baru ini.

Suasana sunyi di kediaman mereka berdua, ahli keluarga masih di dalam keadaan pilu dengan kejadian yang berlaku, walaubagaimanpun Kami melihat kedua wajah keluarga mereka akur dengan ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah.

Hadir ziarah menyampaikan sumbangan Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat, Ustaz Mohd Sidiq Maidin kutty dan Amin Baitulmal Daerah kluang, Ustaz Al-Azhar Ahmad Fazil.

Semoga roh mereka berdua mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh serta di masukkan ke dalam Syurga. Amin Ya Rab.

#MainjPrihatin