MAINJ Daerah Segamat ziarah dan menyumbang keperluan asas

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami ziarah dan belikan beberapa keperluan asas untuk kediaman Encik Mohd Nordin bin Hamingin.

Encik Nordin bekerja sebagai pengimpal besi dan mempunyai 4 orang anak, seorang sekolah rendah, dua orang sekolah menengah dan seorang belum bersekolah.

Alhamdulillah kami belikan peti sejuk, mesin basuh, almari pakaian, rak pinggan dan dapur memasak, moga selesa untuk Encik Nordin sekeluarga.

Sebelum balik kami beri sedikit wang tunai pada Encik Nordin dan semua anak-anaknya. Alhamdulillah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin