Bantuan susu khas kepada Adik Aiman

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih kami lihat keadaan adik Aiman Hakim, Allah uji beliau pada usia yang sangat muda.

Adik Aiman berusia 17 tahun, hanya terbaring dan minum susu khas untuk keperluan nutrisi hariannya.

Satu tin susu seberat 400 gram beharga RM90.00 lebih, itu pun hanya boleh guna untuk berapa hari sahaja.

Bapa adik Aiman bekerja sebagai pemandu lori, dan masih mempunyai 3 tanggungan dibawahnya.

Alhamdulillah, MAINJ menghantar sebanyak 9 kotak susu khas (200 tin) beharga RM17,440.00 untuk keperluan adik Aiman.

Sama-sama kita doakan semoga adik Aiman diberi kesembuhan segera, juga diberi kekuatan, kesihatan kepada ibu dan bapanya yang kami pasti ingin melihat anaknya kembali sihat sebagaimana remaja seusianya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin