‘SPIDERMAN’ DI BANDARAYA JOHOR BAHRU

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih sangat bila dengar ada keluarga yang tidur dalam kereta di sekitar Johor Bahru, lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Allahu, comel, manja dan mesra betul anak beliau bila jumpa kami tadi.

Beliau mesra dipanggil Abang Yan, bekerja sepenuh masa sebagai penghibur kanak-kanak dengan guna kelengkapan suit Spiderman dan badut.

Abang Yan cakap sebelum ni satu Malaysia dia pusing, kawasan mana yang jadi tumpuan orang dia akan ke sana, Alhamdulillah sebelum ni dia cakap boleh raih pendapatan sehingga RM 3,000 sebulan dan adakalanya musim cuti lebih dari itu ,ujiannya datang bila PKP dilaksana.

Dari cerita yang didengar, jelas nampak beliau memang seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk cukupkan keperluan anak dan isterinya.

Semalam ada individu yang berhati mulia memberi beliau sekeluarga tempat tinggal dan berteduh. Katanya akan duduk sana sebulan sahaja, selesa sedikit untuk anak dan isterinya. Insyallah dalam masa yang sama beliau akan cari penempatan lain nanti.

Selepas solat Jumaat tadi kami ziarah. Kami beri sedikit makanan asas dan duit belanja untuk Abang Yan, Insyallah deposit untuk penempatan baru nanti kami akan akan bantu. Besar harapan kami agar kehidupannya sekeluarga lebih selesa sama seperti orang lain.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin