Bantuan tambahan ‘one off’ RM100 kepada 20,507 penerima bantuan bulanan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pandemik COVID-19 memberi impak besar kepada masyarakat khususnya asnaf fakir dan miskin dalam kalangan penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang bukan sahaja terjejas daripada aspek kewangan malah juga emosi.

Justeru itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil langkah dengan menyalurkan bantuan tambahan ‘one off’ RM100 kepada 20,507 penerima bantuan bulanan sara hidup dan perubatan dengan jumlah agihan RM2.05 Juta.

Tunai akan dikreditkan terus ke akaun asnaf pada bulan ini.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati ( jiwa )”. (Hadis sahih riwayat Bukhari/Muslim)

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT