Ziarah ke 6 PPS daerah Kota Tinggi

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

12 Januari 2021- Harini kami ziarah ke 6 PPS di sekitar daerah Kota Tinggi, kami bawa 280 BUNGKUSAN MAKANAN DAN PETI PERTOLONGAN CEMAS.

Kami perhati barisan hadapan sangat komited memastikan makan, minum, penempatan dan kesihatan semua yang berada di PPS dalam keadaan baik, sesekali terdengar suara kanak-kanak menjerit dan ketawa sama-sama mereka, tersenyum kami lihat gelagat mereka.

Semoga semua mereka yang diuji terus diberi kekuatan dengan ujian yang diberi, dan kami yakin disebaliknya akan hadirnya hikmah.

Allah befirman di dalam al-Quran surah Al-Insyirah ayat 5 yang bermaksud : “Bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

Hadir bersama sepanjang lawatan Ustaz Zakuan Ghazali, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ dan Encik Mohd Hafiz Jalil, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin