MAIJ ziarah keluarga En. Syed

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Petang tadi kami ziarah abang Syed, abang Syed dikurniakan 7 orang anak, Alhamdulillah kami nampak semuanya sihat .

Sedih bila dapat tahu abang Syed dan Isterinya di uji dengan penyakit. Abang Syed mengidap penyakit bengkak pada jantung, serta perlu ke hospital 3 kali seminggu untuk rawatan.

Isterinya pula diuji dengan penyakit kanser payudara, juga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Sebelum ni abang Syed bekerja sebagai pemandu lori, dan kini telah berhenti. Berat ujian untuk abang Syed, tapi kami nampak seakan ada kekuatan dan semangat pada diri abang Syed untuk memenuhi keperluan keluarganya walau dalam keadaan dirinya yang kurang sihat.

Sebelum balik kami beri sedikit wang tunai dan makanan asas untuk keperluan abang Syed sekeluarga

Kami doakan, semoga abang Syed dan isteri diberi kekuatan dan kesembuhan, anak-anak semua membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin