Menziarahi Encik Saifudin bekas penerbit media penyiaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sebelum ni saya kerja di Kuala Lumpur, duduk sendiri. Bulan Disember lalu, selepas makan malam, saya ke dapur tiba-tiba kaki saya rasa lemah dan tak boleh langsung nak bergerak. Allahu, Allah sahaja yang tahu keperitan saya ketika itu.

“Selama 3 hari saya terbaring dan berusaha untuk ambil telefon yang terletak di ruang tamu”.

“Hari ketiga sekitar pukul 4 pagi saya dapat mencapai telefon, dalam keadaan yang sangat lemah saya segera menelefon pihak berwajib, bomba sampai pukul 4 lebih dan memecahkan pintu rumah sebelum ambulan sampai sekitar jam 5 pagi”.

Itulah, serba sedikit cerita bekas penerbit yang pernah berkhidmat di salah sebuah media penyiaran, Encik Saifudin ketika kami datang zirah di kediaman beliau di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

“Kaki kiri, dipotong di Hospital Shah Alam, alhamdulillah selepas itu adik beradik uruskan perjalanan saya untuk pulang ke Johor Bahru, tiba di Johor Bahru saya sekali lagi di masukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) berikutan terdapat jangkitan kuman pada kaki kanan pula, kali ni kaki kanan pula perlu potong bagi mengelakkan jangkitan ke tempat lain,” katanya.

Sayu hati kami, ketika sesi bertanya khabar bersama beliau, besar betul dugaan dan ujian beliau lalui, apatah lagi ketika ini beliau baru berusia 38 tahun, tapi beliau yakin ada hikmah disebaliknya dan ada ahli keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.

Semasa kami datang melawat, waktu beliau makan ubat, beliau perlu makan 14 biji setiap sesi dan dipantau setiap masa.

Sebelum balik kami memberi sedikit wang tunai dan makanan asas serta sedikit kata-kata semangat agar terus diberi kesihatan, Bahagian Agihan Zakat juga melihat keperluan beliau dari masa kesemasa bagi keperluan sara hidup/perubatan.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid, Penolong Pengarah Kutipan Zakat, Ustaz Shafie Mustapha, Pegawai Majlis Agama Islam, Encik Nasir Ishak.

Didoakan mudah mudahan Allah ﷻ memberikan kekuatan, diberikan kesihatan, dimudahkan urusan

‎آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin