Kerjasama MAIWP & MAINJ

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, harini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sampai di pusat pengumpulan barang, misi menyampaikan sumbangan pasca banjir khusus kepada masyarakat Negeri Johor di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.

Sebanyak 5 buah treler dan 3 buah Lori memuatkan 15 Jenis barangan yang dibawa terus dari Kuala Lumpur.

Barangan bantuan yang dibawa terdiri daripada keperluan rumah dan makanan seperti toto, periuk nasi, lampin pakai buang (kanak-kanak), tuala, sejadah, telekung dan sebagainya yang bernilai RM1 juta.

Selain itu, sumbangan MAIWP sebanyak RM250,000 bagi membiayai kelengkapan masjid dan surau di negeri ini yang terjejas akibat banjir.

MAIWP diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Mohd Nizam Yahya tiba di sini, hari ini, sekitar jam 230 petang bersama rombongan.

Majlis sombolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi,

Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, YB SS Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Mufti Johor, YB SS Dato’ Haji Yahya Haji Ahmad, Pegawai Daerah Johor Bahru, YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor,YB Dato’ Haji Md Rofiki bin Dato’ Haji Samsudin.

Insya Allah esok 1,000 set barangan bantuan akan dihantar ke Daerah Kota Tinggi.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin