Penyampaian bungkusan makanan di 4 perkampungan orang asli

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, semalam dan harini kami bantu melancarkan misi Ustaz TIDO bagi menyampaikan bungkusan makanan di 4 perkampungan orang asli sekitar daerah Johor Bahru dengan kerjasama bahagian dakwah JAINJ.

Bukan sekadar itu, lewat petang tadi, kami turut serta bersama beliau mengagihkan sebanyak 200 bungkus burger kepada Sahabat Jalanan (gelandangan) dengan kerjasama PBSM.

Syukur, semua berjalan lancar, terima kasih Ustaz TIDO sentiasa bekerjasama dengan pihak kami.