Kerjasama MAIWP & MAINJ, penghantaran di daerah Kulai

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, selesai penghantaran set keperluan mangsa banjir di daerah Kulai hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Mohd Khirul Nizam Mad Said, Penghulu Mukim Senai, Sedenak dan Bukit Batu.

Usai simbolik penyerahan kepada penerima, kesemua barangan keperluan terus diagihkan ke 8 kampung yang terkesan oleh Amin Baitulmal Daerah Kulai, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman bersama kakitangan MAINJ Daerah Kulai dan Pejabat Kadi Daerah Kulai. Semoga sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

Insya Allah, esok agihan seterusnya di perkampungan orang asli daerah Mersing.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin