MAIJ bantu baik pulih rumah En Nasruddin

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Simpati dengan nasib abang Nasruddin, rumahnya kena hempap pokok, Allahu.

Abang Nasruddin tinggal berdua di rumah ini, sayu hati kami tengok beliau. Kami yakin dalam hati beliau memang perlu sangat betulkan semula tempatnya berteduh. Apakan daya, kemampuan amat terbatas.

Kami terus carikan tukang yang boleh bantu untuk baik pulih dan kami akan bayar kosnya.

Hadir ziarah Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi, Ustaz Norhisham Md Sawal. Sebelum balik beliau menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada abang Nasruddin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin