Bantuan kepada saudara baru (muallaf)

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Haritu kami bersama Bahagian Dakwah JAINJ ke sebuah bangunan kosong di Kota Tinggi, kami dapat makluman, yang bangunan tersebut dihuni oleh saudara baru (muallaf). Allah! Luluh hati bila sampai sana, memang betul, kami tengok ada sebuah keluarga tinggal di dalamnya.

Sebelum ni, mereka sekeluarga duduk di kediaman yang disewakan oleh JAINJ, tetapi mereka keluar dari situ dengan sebab tertentu.

Kami lihat keluarga ni sihat dan rajin bekerja, mereka mencari besi-besi terpakai sebelum dijual untuk menampung keperluan harian.

Menurut data semakan, mereka ni penerima bantuan bulanan dari JAINJ dan JKM. Pihak JKM cuba menempatkan mereka di pusat kebajikan dan dalam masa yang sama JAINJ akan bantu carikan kediaman yang sesuai.

Sebelum balik kami beri sedikit duit belanja dan makanan asas serta sedikit kata-kata semangat.

Bersama di lapangan, Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi, Ustaz Norhisham Md Sawal.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada