MAIJ ziarah pakcik Arsyad

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Siang tadi kami ziarah pakcik Arsyad 75 tahun, walau sudah berusia beliau masih kuat untuk jaga isterinya yang sudah uzur.

Sayang betul kami lihat pakcik Arsyad pada isterinya, Mereka hanya tinggal berdua dan segala kerja rumah seperti membasuh,mengemas, memasak dan lain-lain dia yang buat.

Pakcik Arsyad ada seorang anak perempuan, telah berkahwin dan duduk berasingan, anaknya kerap juga balik ziarah mereka berdua.

Pakcik Arsyad menerima bantuan secara bulanan daripada MAINJ dan JKM. Biasanya setiap bulan beliau akan datang ambil duitnya di pejabat MAINJ Kluang, beliau tidak gunakan akaun untuk terima duit tersebut sebab beberapa faktor.

Harini kami hantar duit bulanan ke rumah beliau, kami juga belikan barangan keperluan asas makanan untuk beliau dan isteri.

Jiran sekitarnya semua baik-baik, kerap juga belikan makanan dan hantar ke rumahnya.

Kami doakan semoga pasangan ini, terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada