Bantuan kepada Puan Zaleha

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kedua mereka nampak gembira bila kami ziarah petang tadi, kami datang bertanya khabar. Kami nampak mereka tersenyum, mungkin mereka rasa ada yang sayang dan mengambil berat pasal mereka.

Makcik Zaleha baru disahkan sakit buah pinggang serta perlukan rawatan dialisis dan encik Awang mengidap sakit kaki membengkak.

Kami beri kata semangat untuk mereka berdua, dan sebelum balik kami beri sedikit duit belanja untuk keperluan perubatan mereka.

Semoga Allah segera angkat kesakitan mereka, beri mereka kesembuhan ya Allah dan beri mereka kesihatan yang baik ya Allah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada