Sumbangan kepada pesakit kanser

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Tengahari tadi kami ke daerah Segamat, ziarah kakak Sa’amah dan serahkan sumbangan RM25,350.00. Beliau sakit kanser darah sejak tahun 2011 dan menjalani rawatan kimo di PPUKM setiap minggu.

Beliau disarankan untuk mengambil ubat khas bagi mengelakkan kemudaratan.

Tahun lepas MAINJ menyumbang bantuan yang sama berjumlah RM30,420.00.

Kami beri sedikit duit Dan barangan keperluan asas sebelum balik, kami juga doakan agar Allah beri kesembuhan segera kepada beliau.

Hadir menyerahkan sumbangan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali dan Amin Baitulmal Daerah Segamat, Ustaz Azri Esa.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada