Menziarahi 3 buah rumah di daerah Batu Pahat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah dan tanya-tanya khabar penghuni di tiga buah rumah sekitar daerah Batu Pahat,

Rumah pertama merupakan rumah bantuan MAINJ, rumah ni ada tiga bilik dan satu bilik air, insya Allah selesa untuk asnaf diami.

Rumah kedua dan ketiga terbakar, kami beri sumbangan duit kepada mereka untuk ringankan beban.

Selain pihak MAINJ, beberapa agensi turut menghulurkan sumbangan duit antaranya JKM, Syarikat Faiza dan JKPD kepada rumah yang terbakar secara keseluruhan. insya Allah JKPD akan bantu buatkan rumah 2 bilik untuk beliau melalui wang sumbangan tersebut.

Alhamdulillah, kerjasama yang baik dari semua agensi, moga menjadi asbab kebajikan untuk semua.

Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat, Ustaz Sidek Maidin Kutty.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada