Pembiayaan kos pembedahan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Usia masih muda, kami yakin, macam-macam keinginan yang adik ni nak dibuat, sama seperti kawan-kawan sebaya dengan nya.

Tapi kami nampak, adik Raja Azrina dan keluarga redha atas ujian yang Allah beri, beliau kena lakukan pembedahan dengan Kos RM 16,700.00

Doktor kata tulang belakangnya dah 67% membengkok , dan perlu lakukan pembedahan.

Alhamdulillah, kami ziarah dan bertanya khabar beliau dan keluarga. MAINJ akan menanggung kos keseluruhan RM 16,700.00 untuk pembedahan tersebut.

Moga Allah permudahkan urusan adik, Allah segera sembuhkan adik dan Allah segera beri kesihatan pada adik. Amin Ya Rab.

hadir menyampaikan sumbangan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda