Bantuan kepada En.Mior

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Terkejut Kami bila tengok abang Mior dan isteri, tidur kat belakang kedai aje, dinding pakai kayu. Kami tengok hanya ada tilam dan bantal, Allahu, sedih sangat.

Kami carikan bilik dan pindahkan terus, Kami tanya sebelum ni makan, mandi macam mana, dia cakap kadang-kadang orang sedekah, mandi pula dia akan ke pasaraya berdekatan.

Kebetulan di sekitar situ ada bilik kosong untuk disewa, kami telefon, bayar deposit sewa dan abang Mior boleh terus masuk. Kami tengok bilik ni selesa untuk abang Mior dan isteri, lengkap dengan dapur dan bilik air. Insyallah nanti kami akan ziarah lagi hantar barang seperti toto, selimut dan lain-lain.

Selain tu kami belikan dua beg makanan di kedai runcit berdekatan. Moga abang dan isteri selesa.

Gembira Kami tengok abang Mior senyum. moga Allah permudah semua urusan abang dan isteri.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda