Kerjasama MAINJ / PPZ MAIWP

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, Pusat Pungutan zakat (MAIWP) sampai di pusat pengumpulan barang, misi menyampaikan sumbangan pasca banjir khusus kepada masyarakat Negeri Johor di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.

9 Jenis barangan bantuan terdiri daripada keperluan rumah dan makanan seperti, tilam, dapur gas, kain batik/pelekat, maggi, biskut, selimut, tuala, periuk nasi dan cerek elektrik untuk keperluan 300 keluarga yang di bawa terus dari Kuala Lumpur.

PPZ/MAIWP diwakili Pengurus Unit CSR dan Hubungan Antarabangsa, Cik Norhaliza Abdul Rahman dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) oleh Pengarah SSM negeri Johor, Encik Hairul Anuar.

Majlis sombolik penyerahan disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YB. Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Samsudin, Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ beserta Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAINJ.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Antara agihan sumbangan dari Maiwp HQ yang lepas, telah diagihkan oleh Briged Aswaja