Bantuan kepada Pakcik Mansor

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Semalan di Parit Samsu Muar, kami ziarah dan tanya khabar pakcik Mansor. Kesian kami tengok beliau, kemalangan jalan raya, patah tulang peha, betis dan tumit kanan, Allahu.

Hampir setahun beliau kemalangan, alhamdulillah, setakat ini untuk mengurus diri seperti ke bilik air beliau boleh bergerak perlahan-lahan, cuma untuk bekerja masih tidak boleh, itu yang menjadi kerisauan pada beliau.

Beliau tinggal seorang diri, makan dan minum adik dan ipar berdekatan hantar setiap hari, alhamdulillah, sayang mereka kat pakcik Mansor, semua baik-baik.

Sebelum balik kami beri duit dan keperluan makanan asas, insyaAllah kami akan pertimbang bantuan secara bulanan kepada beliau.

Terima kasih kepada amil agihan zakat MAINJ atas makluman yang diberi, moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan segera pada pakcik ya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda