Bantuan kepada 2 ahli keluarga

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih sangat rasa, dua beranak yang kami ziarah dalam keadaan tak sihat.

Anak perempuannya berumur 9 tahun baru saja diuji dengan sakit lebihan cecair di kepala, Allahu, katanya baru lebih kurang 2 minggu, tiada apa-apa simptom sebelum ni, kesian adik ni, kini terbaring sahaja. Sebelum ini telah membuat pembedahan dan kini masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Segala keperluan ditanggung oleh ibunya bekerja sebagai tukang jahit di kilang berdekatan.

Tidak terhenti setakat itu, bapanya juga diuji dengan sakit saraf, dan tidak boleh bekerja sekarang.

Sebelum balik Kami beri duit dan barangan keperluan asas, Moga Allah beri segera kesembuhan pada adik dan ayah ya.

Kami doakan adik sihat dan boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan macam sebelum ni dan ayah pun sihat untuk kembali kerja menyara adik dan keluarga.

Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal Daerah Pontian, Ustaz Sheikh Hafie Awab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Anak
Ayah