Bantuan asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Abang ni, isteri dan 4 orang anaknya duduk disini, kami tengok keluasan yang sangat kecil dan sempit untuk muatkan 6 orang dalam bilik tersebut, disitulah tempat main anak-anak, situlah dapur dan di kawasan situ jugalah tempat tidur, Allahu.

Isterinya cakap kesian sangat kat anak-anak, kalau siang memang panas, berpeluh anak-anak.

Sebelum ni abang ni bekerja di kedai makan berdekatan, baru-baru ni beliau berhenti kesan daripada PKP dan masih mencari pekerjaan. Alhamdulillah, kami lihat beliau memang bersemangat dan sihat untuk terus bekerja menampung keluarga.

Kami bawakan tilam, dapur memasak, cerek air, barang makanan asas dan beg sekolah untuk anaknya.

Sebelum balik kami beri sedikit duit untuk pembelian keperluan sekolah anaknya.

Moga Allah permudahkan urusan abang dan keluarga, buat anak-anak kami tengok semua comel dan bijak, kami yakin mereka akan membesar dengan baik dan berjaya suatu hari nanti.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda