Ziarah penerima bantuan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, selesai pembedahan makcik ini, kami ziarah tanya khabar, nampak beliau sihat tapi keadaan masih lemah, beliau kini duduk sementara di rumah ibu bapanya, insyaAllah sehingga sihat.

Kami tanggung kos keseluruhan pembedahan ini dengan nilai RM15,000 hingga RM20,000 bersasar tuntutan dari pihak hospital.

Kami doakan makcik sihat seperti sediakala, boleh balik rumah sendiri, hidup sebagaimana biasa bersama anak dan suami ya.

Hadir menyerahkan sumbangan Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Zakuan Ghazali, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf, Ustaz Nazarul Zakaria dan Amin Baitulmal Daerah Mersing, Ustaz Khairul Anwar Isnin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda