Bantuan kepada Pakcik Rasyid

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kedua belah kaki dan pergelangan tangan kiri di potong dan tangan kanan tidak boleh bergerak kerana angin ahmar, Allahu sedih sangat kami tengok pakcik Rasyid, besar betul ujian yang Pakcik terima.

Pakcik Rasyid masih bujang, kakak dan abang ipar beliau yang mengurus semua, suap makan, beri minum, makan ubat, mandi termasuk pengurusan ke klinik. Sayang betul kami tengok kakak dan abang iparnya kepada pakcik Rasyid.

Sebelum ini pakcik Rasyid boleh juga keluar ambil angin menggunakan kerusi roda khasnya, sejak kena angin ahmar dah tak boleh katanya.

Kami ziarah dan bawa barangan perubatan seperti pampers pakai buang, tilam dan makanan asas.

Sebelum balik kami beri duit kepada pakcik Rasyid, insyaAllah kami juga akan bantu secara bulanan.

Kami doakan pakcik Rasyid diberi kekuatan oleh Allah, buat kakak dan abang ipar yang menjaga insyaAllah ia menjadi asbab kebaikan untuk mereka.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda