Ziarah keluarga Encik Hairizal

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Semalam kami ziarah ke rumah abang Hairizal dan kakak Sarah, tanya-tanya khabar, mereka Ada 6 orang anak dan seorang yang bakal lahir tidak lama lagi, alhamdulillah.

Abang Hairizal dengan kakak duduk di flat PPR, tingkat 7 rumah mereka, sesekali kami tengok bawah dari atas gayat juga rasanya.

Abang Hairizal kerja dekat pasar berdekatan sebagai pemotong ayam dengan gaji yang tidak menentu, beliau seorang yang sangat rajin bekerja dan bertanggungjawab pada isteri dan anak-anak.

Anak-anak seronok sangat bila kami datang, semuanya ramah, bijak dan comel-comel, cepat sangat mesra dengan kami.

Sebelum balik kami beri sedikit duit dan barang keperluan asas makanan.

Semoga Allah murahkan rezeki abang, Allah beri kesihatan pada abang untuk bekerja, isteri abang terus bantu mendidik anak-anak, insyaAllah anak-anak berjaya bila dah besar nanti dan boleh membantu abang dan kakak. Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda