Bantuan kepada Pakcik Yusof

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sampai je, kami nampak pakcik Yusof dengan anaknya tengah pijak-pijak tin masuk dalam plastik, asingkan besi-besi lama dan botol plastik untuk dijual, nampak dia berpeluh dan penat sangat.

“Saya nak kerja dah tak boleh, jalan pon dah tak kuat, sesekali kalau rasa sihat sikit saya pusing-pusing naik motor kat kawasan sini, cari tin dan besi-besi lama, sebulan dapatlah dalam 200 ke 300 ringgit”.

Sedih sangat kami tengok pakcik Yusof, sekarang kerap keluar masuk hospital. duduk berdua dengan anak lelakinya, isteri dah meninggal dunia 2 tahun lepas.

Anak lelakinya banyak bantu, sebelum ni kerja di bengkel kereta berdekatan, berhenti sebab terkesan PKP, sekarang tengah cari kerja lain. Tengok dari susuk tubuh dia memang anak yang baik dan rajin bantu pakcik Yusof.

Sebelum balik kami beri duit belanja, tilam, barangan elektrik dan juga makanan asas.

Kami doakan pakcik Yusof sentiasa sihat, terima kasih juga pada anaknya, yang jaga dan tolong ayah, insyaAllah awak anak yang soleh.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda