Bantuan asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih sangat kami bila dapat tahu, dah masuk empat hari, abang ni, isteri dan anak tidur dalam kereta, kami turun dan jengah dalam bonet kereta penuh dengan beg, ada baju, biskut sepeket dan lain-lain kelengkapan.

Allahu, terpikir macammana mereka tidur dalam tu, nak mandi, tukar pakaian dan lain-lain, anak pon masih kecil, kesian sangat.

Abang ni memang bertanggungjawab, rajin sangat bekerja, sebelum ini beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan, cukup makan, pakai untuk anak isteri, terkesan sangat katanya selepas diberhentikan kerja.

Kami terus carikan bilik untuk abang ni dengan keluarga, kami bayarkan, kami beri duit makan, kami cakap tak pa, abang duduk bilik ni, mandi dulu dan rehat, anak isteri pon nampak penat.

InsyaAllah dalam masa yang sama beliau akan cari rumah sewa dan kerja, kami akan bantu juga selesaikan semua.

Terima kasih kat isteri abang yang sentiasa disisi, sayang sangat kami tengok dia dekat abang, dan anak abang nampak bijak insyaAllah dia akan berjaya dan merubah hidup abang dan isteri nanti suatu hari nanti.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Moga selesa untuk abang dan keluarga.