Alhamdulillah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami beli, hantar dan pasangkan 3 buah katil hospital untuk keperluan asnaf, kesian kami tengok, ada yang sakit jantung, ada yang sakit angin ahmar.

Ahli keluarga semua cakap terima kasih sangat, katil ni mudah untuk mereka urus pesakit, beri makan, minum ubat dan lain-lain.

Dari kalangan mereka ada yang isteri sakit, suami urus, dan ada juga yang suami sakit isteri urus, ya Allah, sayang dan setia sangat mereka pada pasangan.

Moga Allah beri kesembuhan buat mereka semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda