Program Perintis

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

PROGRAM PERINTIS kerjasama di antara Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan Waqaf An-Nur Corporation Berhad berkonsepkan keusahawanan sosial.

Program gabungan usahawan mikro dan usahawan asnaf dalam perniagaan jahitan melalui fasa pertamanya yang meliputi latihan dan kursus bimbingan dilaksanakan pada 4 hingga 8 Februari lalu melibatkan 35 orang usahawan.

19 orang peserta berjaya kefasa kedua. Dalam fasa ini pula peserta telah membentangkan kertas kerja untuk proses penilaian.

Tahniah diucapkan kepada 10 daripada 19 orang peserta berjaya ke peringkat inkubator selama 6 bulan. Semoga terus cemerlang untuk menjadi usahawan sosial berjaya di masa mendatang. Apabila mereka sudah berjaya dalam perniagaan, mereka akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat seterusnya dapat membantu menaikkan taraf ekonomi masyarakat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda