Majlis Penyempurnaan Zakat

posted in: Zakat | 0

Majlis penyempurnaan zakat oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat pada hari ini, 12 Mac 2021 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima.

MAINJ diwakili oleh YBhg. Tuan Hj Zulkifly bin Haji Mohd. Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ dan bersaksikan YB Dato‘ Haji Nooh Bin Gadot, Penasihat MAINJ, YB Dato Haji Md Rofiki bin Dato Haji A. Shamsudin, Pengarah JAINJ, SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, SS YBhg. Tn. Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, Exco Agama Johor, serta Ustaz Azlan Bin Kuangit@Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ. Allah Peliharakan Sultan.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=281191506696576&id=100044171872462

#MainjPrihatin
#KamiAda