Penyalahgunaan gambar asnaf lama

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih kami, bila ada pihak menggunakan gambar lama memaparkan kesusahan kakak ni dengan anaknya, dalam masa yang sama pihak tersebut mohon sumbangan dari orang ramai.

Kami dengan ketua kampung datang ziarah kakak ni, tanya khabar dan berbual-bual, kakak ni cakap dia tak tahu apa-apa, sebab dia dan anak-anak dah dapat dan duduk rumah yang lain dari tahun lepas lagi, anak-anak pun selesa dan suka sangat duduk kat rumah baru ini.

Sebelum balik kami beri duit pada kakak ni, untuk belanja keperluan dan sekolah anak-anak, Kakak ni ada 5 orang anak, semuanya masih kecil, 4 daripadanya telah bersekolah. Moga Allah pelihara kakak dan semua anak-anak ya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Gambar lama yang dipapar

 

Kediaman sekarang, alhamdulillah