Ziarah pesakit kanser

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami bersama kakitangan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Pejabat Daerah, JKM, dan beberapa agensi yang lain datang ziarah dan beri sedikit duit kepada 3 saudara kita yang di uji sakit oleh Allah (kanser).

Alhamdulillah, semua agensi berperanan dalam membantu mereka yang memerlukan rawatan, selain dari kos rawatan, sokongan moral juga sangat penting kepada mereka, senyum mereka bila kami datang.

Mereka bukan saudara terdekat kita, bukan kawan kita dan mereka tak pernah kenal kita semua, tapi mereka sangat mengharap doa dari kita, Sama-sama kita doakan mereka semua diberikan kekuatan, kesembuhan dalam melawan penyakit ini.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KAMIADA