Bantuan untuk Pn.Hajar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Suka sangat tengok kakak Hajar dengan anak-anaknya gembira, syukur kami dapat belikan keperluan rumah untuk kakak Hajar.

Kakak ni bekerja sebagai pembantu kedai makan, gaji sehari RM35.00, ada 4 orang anak, dengan pendapatan tu kakak Hajar tanggung anak-anak, makan, duit sekolah dan sewa rumah. Kami tengok kakak Hajar rajin kerja, semuanya demi membahagiakan anak-anak, Allahu.

Kami ziarah, kami belikan katil dengan tilam queen, katil dua tingkat untuk anak-anak, 2 biji kipas, almari baju, peti sejuk, television dan kabinet, kami tukarkan juga tikar getah yang baru untuk kakak.

Anak-anak suka sangat dapat katil 2 tingkat tu. syukur.

Moga selesa untuk kakak sekeluarga, kami tengok kakak seorang yang kuat dan tabah, kakak rajin usaha besarkan anak-anak, insyaAllah anak-anak berjaya bila dah besar nanti.

Terima kasih ketua masyarakat setempat, banyak sangat bantu.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KAMIADA