Ziarah 4 keluarga

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, ziarah kongsi sedih dengan 4 keluarga di Mukim Sri Gading, Batu Pahat. Rumah mereka dinaiki air, banjir kilat, air naik mendadak sampai paras lutut, kata mereka ni kali pertama berlaku kat kampung ni.

Mereka bertungkus lumus membersihkan rumah, menyapu, mengangkat barang, kerusi dan lain-lain takut rosak terendam lama dalam air.

Ada antara ahli keluarga mereka yang sakit terlantar, sakit saraf, Allahu. Allah uji mereka semua, Allah sayang.

Kami beri wang tunai, makanan asas, moga sedikit sebanyak ringankan beban mereka, terima kasih Ketua Kampung, bagi makluman pada kami, alhamdulillah beliau sangat prihatin pada mereka, Moga Allah lindungi kita semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda