Syukur, semalam petang sebelum berbuka kami ziarah ke 11 buah rumah, tanya khabar, tengok keperluan mereka.
Kami berbual-bual, semua gembira, sihat, kami beri barang makanan asas, beras minyak dan lain-lain, sebelum balik kami beri duit, kurangkan beban mereka untuk belanja.
Jawatankuasa masjid dan ketua masyarakat situ semua prihatin, alhamdulillah baik-baik. Terima kasih semua.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda







