Ziarah makcik Hatijah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur dapat ziarah makcik Hatijah, kami datang kongsi sedih, duduk berbual dengan makcik Hatijah, kami anggap macam mak sendiri. Makcik Hatijah ibu tunggal kematian suami, sebelum ni ada dua orang anak, Allah uji sekali lagi, anaknya juga meninggal dunia disebabkan demam panas, Allahu.

Makcik Hatijah tinggal sorang di rumah pusaka milik allahyarham suaminya, kami tengok serba kekurangan. Dalam rumah takda kipas, lampu tak nyala, takda peti ais dan mesin basuh dan banyak lagi.

Kami belikan semua, peti ais, mesin basuh, lampu kami betulkan semula, pasang tikar getah, dan lain-lain, syukur dapat gembirakan makcik, lebih-lebih lagi pada bulan puasa.

Kami doakan makcik sihat, moga makcik lebih selesa, Allah pelihara makcik, dan insyaAllah kami akan sentiasa lihat keperluan makcik.

Terima kasih ketua kampung dan penghulu, sama-sama bantu kami, sangat prihatin pada penduduk setempat, insyaAllah pahala untuk semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda