Bantuan kepada adik Ummar Sayf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih kami tengok adik Ummar Sayf, umurnya baru 3 tahun, Allah uji adik mempunyai sakit kronik yang jarang dijumpai.

Masa kecil adik Ummar seperti kanak-kanak biasa, sakit mula dikesan sejak umur adik Ummar 2 tahun, adik Ummar aktif mcm kanak-kanak lain, bermain, berlari, cuma sekiranya sakit adik Ummar tidak dikawal, dibimbangi sakit yang dialami memberi kesan kepadanya.

Adik Ummar perlukan rawatan setiap minggu, bapanya akan bawa ke HKL untuk terima rawatan, jumlah perbelanjaan adik Ummar agak besar. Kos rawatan untuk tahun ini RM275,600.00 dan rawatan ini diperlukan seumur hidup adik Ummar, Allahu.

Sebelum balik kami beri sedikit duit untuk keperluanya dan kami akan melihat dari masa ke masa keperluan adik Ummar.

Moga Allah beri kekuatan pada ayah dan ibu adik.Kami tengok mereka sayang sangat dekat adik, Allah beri kesembuhan segera pada adik ya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda