Alhamdulillah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, dapat ziarah pakcik Dul, kami sampai tadi nampak isterinya baru ambil anak balik sekolah, jalan kaki, berpeluh, nampak penat, mungkin cuaca tengahari tadi agak panas.

Pakcik Dul adalah penerima zakat secara bulanan, dapat RM400 sebulan sejak tahun 2013, sampai sahaja kami tengok pakcik Dul tengah duduk, kami berbual-bual bertanya khabar, mesra sangat berbual, bila tanya tidak kerja ke harini, pakcik cakap motor rosak, nak beli barang ganti mahal, kalau barang ada saya boleh buat sendiri, kami cakap tidak mengapa, kita pergi beli semua, kita pergi naik kereta, pakcik pilih sendiri barang yang pakcik perlukan.

Alhamdulillah, pakcik Dul cakap kalau motor rosak susah hendak bergerak, ke tempat kerja, hantar anak sekolah dan ke hospital untuk rawatan.

Sebelum balik kami beri juga makanan asas dan duit, moga Allah permudah urusan pakcik dan keluarga, Allah pelihara pakcik.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda