Alhamdulillah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami hendak pakcik Dul Medan selesa, sementara menunggu rumahnya siap, kami datang bawa pakcik, isteri dan anak pindah dahulu, berikan tempat yang lebih selesa, kami angkatkan barang yang hendak dibawa, kami bawa pakcik sekeluarga ke rumah sewa, kami bayarkan sewa untuk dua bulan.

barang-barang semua Kami belikan yang baru, sofa, meja makan, set katil, peti ais, mesin basuh, dapur dan lain-lain. Bila rumahnya siap nanti kami akan bantu pindahkan semula pakcik sekeluarga dan semua barang-barang, insyaAllah semua barang-barang baru, selesa untuk pakcik dan keluarga.

Alhamdulillah, dapat kongsi gembira, terima kasih ketua masyarakat setempat, Allah pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda