Sumbangan urus gelandangan

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

Sebak, rasa macam nak mengalir air mata, santuni sahabat-sahabat jalanan. Kami sediakan 100 makanan ringan, pagi lagi kami dah keluar beli, biskut, roti, air dan sekotak kurma pada semua, siap-siap masukkan dalam beg supaya mudah mereka nak bawa.

Kami sampai tadi ramai yang dah beratur, alhamdulillah tak berebut, semua sabar menunggu. Banyak juga makanan yang dihantar oleh NGO, persendirian, macam-macam bangsa datang hantar, semua prihatin, datang nak bantu. Ada yang bawa burger, nasi bungkus air dan macam-macam.

Urusetia dah susun jadual, tentukan makanan kalau NGO atau individu nak hantar supaya tak membazir dan terbuang, syukur. untuk orang islam mereka sediakan juga makanan untuk sahur.

Kami berbual tanya-tanya, ada yang asal dari negeri lain, datang kerja, ada yang datang ambil makanan sebab terjejas pendapatan, semua ujian berbeza-beza.

MAINJ memperuntukan RM500,000.00 untuk pengurusan mereka, dari segi makan dan lain-lain keperluan, insyaAllah cukup untuk tampung keperluan makan mereka untuk setahun.

Kami beri juga hadiah pada semua sukarelawan, terima kasih pada semua, setiap hari, pagi tengahari dan petang bantu sediakan makan dan lain-lain, moga Allah pelihara semua, Allah mudahkan urusan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda