Bantuan kepada mangsa kebakaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sedih sangat, Allah uji 3 beradik, rumah mereka terbakar, habis semua barang-barang, tiada apa yang tinggal, baju, barang perabut dan lain-lain semua hangus terbakar.

Mereka tinggal bertiga sejak kematian ibunya beberapa tahun lalu, diantara mereka ada seorang kurang upaya (OKU) dan menerima bantuan tunai MAINJ secara bulanan.

Kebakaran berpunca apabila beliau bermain lilin di bilik, rumah kayu, jadi api merebak dengan sangat cepat. Beliau kini mengalami kecederaan kesan dari kebakaran tersebut dan sekarang berada di hospital, Allahu kesian sangat kami tengok.

Syukur pimpinan masyarakat setempat sangat prihatin, cepat mereka datang, bincang, cari penyelesaian dan bantu keluarga ini. Keluarga ini sekarang ditempatkan sementara di ‘home stay’ berdekatan, InsyaAllah akan disewakan rumah untuk sementara waktu sebelum tindakan lanjut dilaksana.

Sebelum balik kami beri wang tunai pada mereka, terima kasih pimpinan masyarakat setempat dan jiran-jiran, alhamdulillah semua baik-baik, Moga Allah pelihara dan balas kebaikan semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

📌Kira dan sempurnakan ZAKAT anda di https://epayment.maij.gov.my